Assalamualaikum.
Aku sendiri dah tak ingat bila kali terakhir aku berfirst Ramadhan kat rumah.sejak2.belajar di perantau ni(bajet) mmg busy mengalahkan org yang blajar kat oversea.Plus minus sejak form 4 la.Aku pun kira di perautau jugak la kan,jauh dari family,mak tak dapat nak jenguk and hantar nasik lemak tiap2 hujung minggu.Tp duaribu seblas telah mencipta sejarah ewahh,sebulan penuh complete takde lobang lobang aku akan menghabiskan bulan yang mulia ni kat umah.Wahhh,NIKMAT!ni pun atas belas ehsan KPM kat students ipta mcm aku ni.So dia bagi chance cuti 3 bulan teruh,haa amik kau.
Teruja tak payah cakap lah,malam tu makan sahur dua kali.Sbelum tdo aku bantai nasik sepinggan,bajet dah malas nak bangun nanti.Alih alih pagi tu masa mak aku kejut,rasa lapar pulak.Lagi sepinggan aku sapu.siap kena tego dengan bapak aku,"Eh semalam bukan semangat cakap dah tak mau bangun ka?".-_-'
Teruja teruja aku nih,ada lagi orang yang extra teruja.Sapa lagi,mak aku lah.Yelah,selalunya hari pertama puasa sebelum ni,semua anak-anak dia balik(kecuali aku:( ).Pagi-pagi buta dah dengar dia panaskan enjin kereta.Aku rasa kat pasar hari tu muka dia lah yang pertama sampai selepas penjua.Balik je dari pasar memekik panggil aku suruh tolong angkat barang.Mak aihhh,penoh satu bonet kereta dia.Borong mengalahkan nak buat kenduri aqiqah anak sedara aku.hadoiii makkk.
Sampai part masak,pukul 2.00ptg dah start pong pang pom pang kat dapor.Mmg tak dapat lah kau nak tengok sinetron petang ni miza oiiii.Aku layankan aja smangat mak aku nih.Lagi satu pasal phone dia,tak penah nak lekang.kejap kejap kol anak anak dia tanya kat mana kat mana.akak akak abang abang aku semua dia kol.Satu goreng daging dalam kuali satu begayut phone.Yang paling tak tahan,pantang handphone tu lekang dari mata dia mula lah dia menjerit kat aku,"mizaaa,mana handphone mak?tolong buat misskoll".pdehal ada je handphone tu,kejap bawah kain dia,kejap blakang botol kicap,kejap blakang balang gula.hari tu je berpuluh miskol aku buat kat handphone dia.haaa,tu lah mak aku :)
Hari tu makanan penuh,tak muat makan atas meja.semua makan hidang kat bawah.semua adik beradik aku balik,kecuali akak aku sebab dia kerja lagi sorang adik aku sbb dah masuk uitm,cian kau dik.puasa baik baik yer kat sana.keh keh keh.tambah lagi dengan anak sedara aku yang ragam sorang sorang mak datukkk,tak menahan aku.tp kurang sikit la dari hari hari biasa sebab master mind diorang puasa,lembek dah macam dodol nenek aku.cian aku tgk.haha.
Dah lepas buka puasa,sekor sekor macam ular sawa baru lepas telan anak kambeng.mata mula la berat.aduhhhh dugaan dugaan.lepas siap semayang semua,bekumpul ramai ramai.kami bergosip adik beradik begelak memekik menjerit semua ada.memang best.dah lama tak rasa camni.Tarawih dah ponteng malam tu.hehe.
apa apa pun,Alhamdulillah.dah satu hari,tinggal lagi 29.harap harap aku puasa penuh tahun ni.*wink*wink.
BYE BYE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
LIFE,WHATS UP WITH THAT?
PEMILIK (:

- ♕Rosmiza Wahab
- Kedah;Kuala Lumpur
- I've never done an "About Me" post or anything... But I’m not really sure what I’d even say for it, or what people want to know.
air tangan mak juga yang sedap..yup, rasa nya, ni la 1st time puasa pertama kat umah..hahaha.
ReplyDeletegive me 5!!
yeah babe!gimme5!
ReplyDelete