Monday, December 12, 2011

tak puas hati?

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata
"JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata
"TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata
"YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata
"APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"


pendek kata,sampai bila bila pun kita tak dapat nak puaskan hati semua orang.so biar lah apa orang nak kata,padahal yang tengah dok mengata tu bukanlah bagus sangat pun.kalau nak fikir orang memang takkan sudah.apa kata,muhasabah kan diri tu dan fikir cara untuk memuaskan hati Allah s.w t.tu kan lebih bagus.

Friday, November 25, 2011

emo

tak nak TERIMA dah,aku pun malas dah nak amik tahu.okbai!

p/s:TERIMA membawa banyak maksud:
  • persahabatan
  • pertolongan
  • pemberian
  • lain lain
  • semua di atas

Thursday, November 17, 2011

Where's my Mr.Right?

How much do you believe in finding your true love? Where will you go to find it?
Most important is how will you know that you have found your true love?

Jangan tanya aku,sebab aku sendiri tiada jawapan untuk soalan tu.Entry ni bukan nak bagi tips macam mana nak cari Mr.Right korang,atau macam mana nak cara nak tackle boyfriend atau juga macam mana cara nak mengekalkan hubungan.ohhhh tidak,bukannn.aku bukanlah pakar dalam bab bab ni.

Just nak share pendapat aku tentang kita(iaitu merujuk kepada sesiapa sahaja) dan pasangan hidup.Im not a good advice giver,tp aku hanya nak cakap apa yang aku rasa.klau kau kau dan kau tak stuju.suka hati lah.kesah??
heheee,tak lahh.cam nak cari gadoh pulak kann.

okehh,lately sejak terpikir tinggal berapa hari je nak blajar ni.aku macam jadi insaf sikit.macam dah tepikir,abis belajar ni aku nak buat apa kan.cont study ke?kerja ke?tak pun KAWIN?haaa,yang last skali tu aku sukaaa.HAHA.

takdalahh,tak payah berangan.duit habuk pun tadak,ada hati.Tp nak kawin dengan sape?korang pernah terpikir tak sape jodoh korang?

Honestly lah kan,klau nak pilih calon,tak kesah lah calon boyfriend ke calon suami nanti ke,list yang teratas adalah:

1)beriman
2)berbudi bahasa
3)budi pekerti tinggi
4)baik budi
5)bermacam budi lahhh
6)hormat orang tua
7)biar tak kaya harta tp kaya budi(budi lagiiiii)
8)biar takde rupa tapi baik hati

ahhhhhh,tipuuu lahhhh.dusta belaka semuaaaa.

yang kau tengok mamat korea jambu jambu terus naik sawan, melalak macam nak gila apesal?

tengok laki handsome naik kereta besar sampai julaing bijik mata kau ape kesss?

kannnnn.so tak payah lah nak tipu.just be yourself.(kau punnnn).yang sebetulnya.

nak yang

1)handsome.
tapi kau cantik sangant ke?

2)kaya
tapi kau banyak duit sangat ke?

3)baik hati
tapi kau dah cukup baik ke?

4)setia
tapi kau jujur sangat ke?


dan mamcam macam lagi lahhh.

memang tak salah,semua orang berhak mencari pasangan hidup yang terbaik kan.tapi jangan terlalu nak yang sempurna.kalau dah dapat tu asyik nak komplain sana sini.ada yang tak kena.INGAT..kita pun bukan lah sempurna sangat.Takda orang yang sempurna pun dalam dunia ni.

bila bercakap pasal ni,aku teringat kata kata Dato Fadhilah Kamsah,dia cakap:


Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.


bila dah dengar dia cakap camtu,temenung sejenak.

aku cakap camni bukan nak bajet BAGUS ke apa,tapi betul lah kan.kalau nak mencari KESEMPURNAAN tu,sampai bila bila pun takkan jumpa.ada je cacat cela kat mana mana.nama pun manusia kan.

so,untuk anda anda dan juga saya sendiri,ehemmmm.kalau nak pilih boyfriend suami scandal dan apa apa sahaja,berpada pada sudaaa.reset balik mind korang,buat lah pilihan yang bijak:)

konon tengah merenung masa depan laa.

sebelum terlupa,aku nak share video ni.aku jumpa kat FB.Buat aku berfikir lah lepas dah tengok video ni.





okey,dah boleh buat keputusan kan.Hidup korang,korang yang tentukan.kita kat dunia ni kejap je.So biar lah balance dunia akhirat.

kalau yang dah kawin tuu,hargailah pasangan anda.Jodah kita tu adalah yang terbaik yang ditentukan oleh.Nya.

cam annoying tak sedar diri je taip bejela jela.dah la stop.mata dah berat,setan dah begayut beparty rock n roll kat mata aku.okbai.goodnight.
Assalamualaikum:)

Wednesday, October 12, 2011

i know im stupid,but...

...aku pun ada perasaan macam oranng lain jugak(sambungan tajuk entry)

korang pernah tak rasa suka kat someone tp dia tak balas cinta korang,or dia buat tak tahu,or dia lansung tak tahu korang suka dia.haihh,sakit kann.pedih memang pedih,tapi bila kita dah suka kat seseorang tu kita kena lah amik risiko kann,kalau dia suka tu ok lah.tp kalau dia tak suka camne??haaa,tu yang nak cite ni.

duhhh,rasa cam bodoh je kekadang.tapi aku tau semua orang ada perasaan suka,sayang,cinta nih.tak boleh lari.tak salah kan kita suka kat seseorang tu.

yaaa,memang.ada orang yang suka kita.tapi kalau kita dah tak suka orang tu tak boleh la nak paksa.becinta sebab orang tu suka kita dulu,bukan suka sama suka.lain dengan becinta dengan orang yang betul betul kita suka..

memang betul orang cakap,kalau nak bahagia cari lelaki yang betul betul sayang kat kita lebih dari kita sayang dia.tp kalau hati ni rasa tak bahagia dengan dia,tak boleh gak kann.

kenapa lah bila kita suka gila gila kat orang tu,tp dia cam tak suka pun kat kita kan.tp bila kita anggap kawan je kat orang tu,dia pulak all out suka kan kita.tak suka lah macam ni:(

bukan tak menghargai orang yang suka kita tu.tapi teringin nak bagi peluang kat hati ni rasa suka kat someone yang betul betul kita cinta.pastu orang tu balas cinta kita,kejap pun takpe lah.kalau nak kecewa lepas tu pun takpe.at least dapat jugak rasa bahagia even kejap je.plsss:(

tp orang cakap tak semua yang kita nak kat dunia ni kita boleh dapat.mencintai tak semestinya memiliki.cewahhh.

so hanya mampu mengharap jelah kan.sometime no matter how much you want thing to happen,all you can do is wait.:/

tapi macam mengharap benda yang tak pasti je.

saya tahu saya bodoh,tapi saya juga ada perasaan.sorry.

BYE

Monday, August 8, 2011

Buka Puasa Shopping Raya

Assalamualaikum,
Last weekend keluar merayau buang masa buang duit dengan adik aku.hehhhh boring betul asyik cerita keluar makan,jalan jalan,shopping,makan angin,keluar makan shopping makan jalan kluar blaa blaa blaa!BORING lah.
wait!idea tetiba hilang,damn!!
last 5 minute aku rasa ada macam macam benda aku nak cakap,but now i lost my ideas!grrrrrr
OK OK,back to main point,today bersamaan 8th days kita puasa.wah,rasa macam baru semalam je tengok anak bulan ramadhan.acecece.tak lama lagi dah nak raya.shopping raya belum?baju raya beli lagi tak?tudung?kasut?dompet isi syiling?benda benda ni mesti ada dalam list nak beli time budak budak.Dulu puasa penuh,mmg la smangat nak raya,sekarang.HAHA

Actually mak dah belikan kami baju raya haritu,tapi saja mengada nak pegi cari lagi.Adik aku lah banyak songeh,cakap baju dia tak cantik.tpaksa lah aku pun kena balik skali.errrkk

Hari jumaat tu pagi pagi buta dah kena jemput dia kat campus(UITM merbok).khamis,lepas class tanak balik,gedik.ada latihan band katanya,terpaksa lah aku bangun pagi hari tu.tu lah part yang paling aku lemah.Lepastu tak pergi mana mana sangat pun,jalan jalan shopping sikit sikit je,buka puasa terus balik.

amik gambar jauh,nanti Bangla Gulatis tu kecoh



tak pernah tak pendek


waiting for Azan,facebooking.


tak payah nak gelak banyak sgt,nanti batal puasa.


sumpah kurma ni nampak nyumm gila time lapar

makannnnnnn,




okey dah kenyang,

Alhamdulillah untuk rezeki haritu,

duit dah habis,


Jom balik!!

bila baca balik,rasa mcm bosan gila entry kali nih.haihhhh.
dah la,malas nak edit.
nak tido,goodnight,bye bye!


Sunday, August 7, 2011

Video for Ain

Assalamualaikum,
just a short entry,nak share video tutorial ni.Haritu ain ada mintak tolong buatkan tutorial camane nak pakai shawl macam ni,


nampak sama je,yg lainye im wearing in my own way.


so,ni videonya.jgn gelak yea,aku mmg x pandai buat pun.HAHA

video has been removed by author:D


ok done,peace!


SELAMAT MENCUBA:)

p/s:ain sorry dah bekurun baru nak buat video nih:D

Tuesday, August 2, 2011

First Ramadhan

Assalamualaikum.

Aku sendiri dah tak ingat bila kali terakhir aku berfirst Ramadhan kat rumah.sejak2.belajar di perantau ni(bajet) mmg busy mengalahkan org yang blajar kat oversea.Plus minus sejak form 4 la.Aku pun kira di perautau jugak la kan,jauh dari family,mak tak dapat nak jenguk and hantar nasik lemak tiap2 hujung minggu.Tp duaribu seblas telah mencipta sejarah ewahh,sebulan penuh complete takde lobang lobang aku akan menghabiskan bulan yang mulia ni kat umah.Wahhh,NIKMAT!ni pun atas belas ehsan KPM kat students ipta mcm aku ni.So dia bagi chance cuti 3 bulan teruh,haa amik kau.

Teruja tak payah cakap lah,malam tu makan sahur dua kali.Sbelum tdo aku bantai nasik sepinggan,bajet dah malas nak bangun nanti.Alih alih pagi tu masa mak aku kejut,rasa lapar pulak.Lagi sepinggan aku sapu.siap kena tego dengan bapak aku,"Eh semalam bukan semangat cakap dah tak mau bangun ka?".-_-'

Teruja teruja aku nih,ada lagi orang yang extra teruja.Sapa lagi,mak aku lah.Yelah,selalunya hari pertama puasa sebelum ni,semua anak-anak dia balik(kecuali aku:( ).Pagi-pagi buta dah dengar dia panaskan enjin kereta.Aku rasa kat pasar hari tu muka dia lah yang pertama sampai selepas penjua.Balik je dari pasar memekik panggil aku suruh tolong angkat barang.Mak aihhh,penoh satu bonet kereta dia.Borong mengalahkan nak buat kenduri aqiqah anak sedara aku.hadoiii makkk.

Sampai part masak,pukul 2.00ptg dah start pong pang pom pang kat dapor.Mmg tak dapat lah kau nak tengok sinetron petang ni miza oiiii.Aku layankan aja smangat mak aku nih.Lagi satu pasal phone dia,tak penah nak lekang.kejap kejap kol anak anak dia tanya kat mana kat mana.akak akak abang abang aku semua dia kol.Satu goreng daging dalam kuali satu begayut phone.Yang paling tak tahan,pantang handphone tu lekang dari mata dia mula lah dia menjerit kat aku,"mizaaa,mana handphone mak?tolong buat misskoll".pdehal ada je handphone tu,kejap bawah kain dia,kejap blakang botol kicap,kejap blakang balang gula.hari tu je berpuluh miskol aku buat kat handphone dia.haaa,tu lah mak aku :)

Hari tu makanan penuh,tak muat makan atas meja.semua makan hidang kat bawah.semua adik beradik aku balik,kecuali akak aku sebab dia kerja lagi sorang adik aku sbb dah masuk uitm,cian kau dik.puasa baik baik yer kat sana.keh keh keh.tambah lagi dengan anak sedara aku yang ragam sorang sorang mak datukkk,tak menahan aku.tp kurang sikit la dari hari hari biasa sebab master mind diorang puasa,lembek dah macam dodol nenek aku.cian aku tgk.haha.

kueh mak aku yg boleh buat org sakit jantung,fuhh lemak bekrim!


Dah lepas buka puasa,sekor sekor macam ular sawa baru lepas telan anak kambeng.mata mula la berat.aduhhhh dugaan dugaan.lepas siap semayang semua,bekumpul ramai ramai.kami bergosip adik beradik begelak memekik menjerit semua ada.memang best.dah lama tak rasa camni.Tarawih dah ponteng malam tu.hehe.

apa apa pun,Alhamdulillah.dah satu hari,tinggal lagi 29.harap harap aku puasa penuh tahun ni.*wink*wink.

BYE BYE

Sunday, June 12, 2011

wed part 2

i gambar kenduri asry&dila part 2 di telok intan,dah bebulan besanding baru nak upload.saja nak memeriahkan bolg.Aku memang selalu ketinggalan,haha.Dilah pun dah pregnant skrang,haha.btw Congrats fadhilah:)

Anyway,thanks yon yang banyak amikkan gambar,aku tukang edit je,tu pun sikit je yg sempat edit.yang lain simpan buat koleksi:)


mana satu pegantin,mana satu pengapit?-_-"

puzzle

makan makan

kasut asri lupa nak tukar,haha






sawah kat sana cantik


menara condong

suka gambar ni:)

makan lagi,muka sorang sorang dah macam apa dahh,letih.huhu

Okey,dah siap upload!Thanks for reading:)

Uniknya kota singa

Tajuk entry gila skema.Tapi tu yg sebetulnya.Kota Singa atau nama bahasa inggerisnya Singapore merupakan sabuah Negara yang penuh dengan keunikkan.Tudia,keluar habis ayat karangan BM form 5 lima tahun lepas.haha.FAIL!!

Dah dah,bukan nak cerita pasal form 5,ni nak cerita pasal Singapore yang aku pergi last 2 weeks.yaaa,lama dah,baru nak update.eee outdated lah kau.tahuuu.-_-“

Tapi aku nak cerita jugak!!

Ni last minute punya plan.aceeeyyy,style kan.last minute punye siap plan pergi Singapore.Dengar cam,wallaweyy.oversea.Tapi tak payah nak oversea sgt!kalau duduk JB ni,sejengkai je dah sampai sana.Tunggu ada passport je.so jgn teruja sgt yea kawan kawan.Klau duduk perlis tu macam pergi Thailand la.Yang bezanye Singapore ni mewah sket la,sebab Negara maju kan.

Okey taknak cerita pasal Singapore punya keunggulan,kemajuan,kegemilangan,kepesatan,kemelesetan bagai.Tapi nak cerita pasal keindahan dan tempat aku ngan kawan kawan pergi.

Benda ni mmg tak plan.Tengah borak ngan lea malam tu pasal Singapore.Tup Tup lea tanye bila kita nk pergi.Ikutkan sem depan memang kami busy sbb dah final semester kan,insyallah.Tu yang nak pergi masa terdekat jugak.Last last malas nak pikir banyak,mula lah akai ni panjang,trus plan nk pergi esoknya.

Malam tu jugak kami pergi money changer,tengok exit ke Singapore dari JB sebab kami tak taw lansung jalan ke sana.Harapkan Google Map je.Bak kata lea,nak seribu daya.Org lain sampai takkan kita tak boleh kan.Memang semangat tinggi berkobar kobar,bak gunung ledang(tak perlu tinggi2).

Time tukar duit tu ada jumpa fakulti-mate kami.Sembang punya sembang,depa pon nak pergi jugak Singapore esok tp cancel sebab ada sorang kawan tu kena balik rumah.Alang-alang kereta muat lagi ,kami ajak ar skali.best gak ramai-ramai kan.Budak budak ni lagi style,baru je balik dari China malam sebelum tu,sehari lepas tu pergi Singapore plak.Seminggu pergi dua Negara.ni baru nama melancong kan.haha

Okey,cerita banyak tak guna.tengok sendiri gambar gambar ni best ke tak.:)

akak ni cpk jgn post kat fb gambar dia,kat blog takpe kan kak:)


tgk signboard pun dah menjerit separuh gila,haha

cantek,macam istana zaman dulu dulu:)

ifly

si cantek cantek

si cantek manis lea

ecah dan lea!chun!

kelakar gambar ni.haha



dalam kedai pun jadi kerja


yummmmyyy

foreigner mana tah nak amik gambar

makan semua ni rongak gigi

nak semua!!

buat tdq sedap ni

dikelilingi MnM,suka!!!!

weeeeee~~

song of the sea

Pantai dekat dekat dengan Marina Bay

si pendek

Orchard Rd

Suka gambar ni

haaaa,penuh dengar gambar entry kali ni.harap maaf yea.Tapi honestly tempat semua cantik cantik especially Sentosa.Kalau pergi singapore,tak melawat Sentosa macam takda lengkap rasanya,tak rugi pergi.

kalau suruh describe in one word memang takbleh,kena bagi dua perkataan.Unik dan cantik!!

okey done!bye Singapore,see u again later:)

Followers

LIFE,WHATS UP WITH THAT?

PEMILIK (:

My photo
Kedah;Kuala Lumpur
I've never done an "About Me" post or anything... But I’m not really sure what I’d even say for it, or what people want to know.