Monday, August 8, 2011

Buka Puasa Shopping Raya

Assalamualaikum,
Last weekend keluar merayau buang masa buang duit dengan adik aku.hehhhh boring betul asyik cerita keluar makan,jalan jalan,shopping,makan angin,keluar makan shopping makan jalan kluar blaa blaa blaa!BORING lah.
wait!idea tetiba hilang,damn!!
last 5 minute aku rasa ada macam macam benda aku nak cakap,but now i lost my ideas!grrrrrr
OK OK,back to main point,today bersamaan 8th days kita puasa.wah,rasa macam baru semalam je tengok anak bulan ramadhan.acecece.tak lama lagi dah nak raya.shopping raya belum?baju raya beli lagi tak?tudung?kasut?dompet isi syiling?benda benda ni mesti ada dalam list nak beli time budak budak.Dulu puasa penuh,mmg la smangat nak raya,sekarang.HAHA

Actually mak dah belikan kami baju raya haritu,tapi saja mengada nak pegi cari lagi.Adik aku lah banyak songeh,cakap baju dia tak cantik.tpaksa lah aku pun kena balik skali.errrkk

Hari jumaat tu pagi pagi buta dah kena jemput dia kat campus(UITM merbok).khamis,lepas class tanak balik,gedik.ada latihan band katanya,terpaksa lah aku bangun pagi hari tu.tu lah part yang paling aku lemah.Lepastu tak pergi mana mana sangat pun,jalan jalan shopping sikit sikit je,buka puasa terus balik.

amik gambar jauh,nanti Bangla Gulatis tu kecoh



tak pernah tak pendek


waiting for Azan,facebooking.


tak payah nak gelak banyak sgt,nanti batal puasa.


sumpah kurma ni nampak nyumm gila time lapar

makannnnnnn,




okey dah kenyang,

Alhamdulillah untuk rezeki haritu,

duit dah habis,


Jom balik!!

bila baca balik,rasa mcm bosan gila entry kali nih.haihhhh.
dah la,malas nak edit.
nak tido,goodnight,bye bye!


Sunday, August 7, 2011

Video for Ain

Assalamualaikum,
just a short entry,nak share video tutorial ni.Haritu ain ada mintak tolong buatkan tutorial camane nak pakai shawl macam ni,


nampak sama je,yg lainye im wearing in my own way.


so,ni videonya.jgn gelak yea,aku mmg x pandai buat pun.HAHA

video has been removed by author:D


ok done,peace!


SELAMAT MENCUBA:)

p/s:ain sorry dah bekurun baru nak buat video nih:D

Tuesday, August 2, 2011

First Ramadhan

Assalamualaikum.

Aku sendiri dah tak ingat bila kali terakhir aku berfirst Ramadhan kat rumah.sejak2.belajar di perantau ni(bajet) mmg busy mengalahkan org yang blajar kat oversea.Plus minus sejak form 4 la.Aku pun kira di perautau jugak la kan,jauh dari family,mak tak dapat nak jenguk and hantar nasik lemak tiap2 hujung minggu.Tp duaribu seblas telah mencipta sejarah ewahh,sebulan penuh complete takde lobang lobang aku akan menghabiskan bulan yang mulia ni kat umah.Wahhh,NIKMAT!ni pun atas belas ehsan KPM kat students ipta mcm aku ni.So dia bagi chance cuti 3 bulan teruh,haa amik kau.

Teruja tak payah cakap lah,malam tu makan sahur dua kali.Sbelum tdo aku bantai nasik sepinggan,bajet dah malas nak bangun nanti.Alih alih pagi tu masa mak aku kejut,rasa lapar pulak.Lagi sepinggan aku sapu.siap kena tego dengan bapak aku,"Eh semalam bukan semangat cakap dah tak mau bangun ka?".-_-'

Teruja teruja aku nih,ada lagi orang yang extra teruja.Sapa lagi,mak aku lah.Yelah,selalunya hari pertama puasa sebelum ni,semua anak-anak dia balik(kecuali aku:( ).Pagi-pagi buta dah dengar dia panaskan enjin kereta.Aku rasa kat pasar hari tu muka dia lah yang pertama sampai selepas penjua.Balik je dari pasar memekik panggil aku suruh tolong angkat barang.Mak aihhh,penoh satu bonet kereta dia.Borong mengalahkan nak buat kenduri aqiqah anak sedara aku.hadoiii makkk.

Sampai part masak,pukul 2.00ptg dah start pong pang pom pang kat dapor.Mmg tak dapat lah kau nak tengok sinetron petang ni miza oiiii.Aku layankan aja smangat mak aku nih.Lagi satu pasal phone dia,tak penah nak lekang.kejap kejap kol anak anak dia tanya kat mana kat mana.akak akak abang abang aku semua dia kol.Satu goreng daging dalam kuali satu begayut phone.Yang paling tak tahan,pantang handphone tu lekang dari mata dia mula lah dia menjerit kat aku,"mizaaa,mana handphone mak?tolong buat misskoll".pdehal ada je handphone tu,kejap bawah kain dia,kejap blakang botol kicap,kejap blakang balang gula.hari tu je berpuluh miskol aku buat kat handphone dia.haaa,tu lah mak aku :)

Hari tu makanan penuh,tak muat makan atas meja.semua makan hidang kat bawah.semua adik beradik aku balik,kecuali akak aku sebab dia kerja lagi sorang adik aku sbb dah masuk uitm,cian kau dik.puasa baik baik yer kat sana.keh keh keh.tambah lagi dengan anak sedara aku yang ragam sorang sorang mak datukkk,tak menahan aku.tp kurang sikit la dari hari hari biasa sebab master mind diorang puasa,lembek dah macam dodol nenek aku.cian aku tgk.haha.

kueh mak aku yg boleh buat org sakit jantung,fuhh lemak bekrim!


Dah lepas buka puasa,sekor sekor macam ular sawa baru lepas telan anak kambeng.mata mula la berat.aduhhhh dugaan dugaan.lepas siap semayang semua,bekumpul ramai ramai.kami bergosip adik beradik begelak memekik menjerit semua ada.memang best.dah lama tak rasa camni.Tarawih dah ponteng malam tu.hehe.

apa apa pun,Alhamdulillah.dah satu hari,tinggal lagi 29.harap harap aku puasa penuh tahun ni.*wink*wink.

BYE BYE

Followers

LIFE,WHATS UP WITH THAT?

PEMILIK (:

My photo
Kedah;Kuala Lumpur
I've never done an "About Me" post or anything... But I’m not really sure what I’d even say for it, or what people want to know.