Friday, November 25, 2011

emo

tak nak TERIMA dah,aku pun malas dah nak amik tahu.okbai!

p/s:TERIMA membawa banyak maksud:
  • persahabatan
  • pertolongan
  • pemberian
  • lain lain
  • semua di atas

Thursday, November 17, 2011

Where's my Mr.Right?

How much do you believe in finding your true love? Where will you go to find it?
Most important is how will you know that you have found your true love?

Jangan tanya aku,sebab aku sendiri tiada jawapan untuk soalan tu.Entry ni bukan nak bagi tips macam mana nak cari Mr.Right korang,atau macam mana nak cara nak tackle boyfriend atau juga macam mana cara nak mengekalkan hubungan.ohhhh tidak,bukannn.aku bukanlah pakar dalam bab bab ni.

Just nak share pendapat aku tentang kita(iaitu merujuk kepada sesiapa sahaja) dan pasangan hidup.Im not a good advice giver,tp aku hanya nak cakap apa yang aku rasa.klau kau kau dan kau tak stuju.suka hati lah.kesah??
heheee,tak lahh.cam nak cari gadoh pulak kann.

okehh,lately sejak terpikir tinggal berapa hari je nak blajar ni.aku macam jadi insaf sikit.macam dah tepikir,abis belajar ni aku nak buat apa kan.cont study ke?kerja ke?tak pun KAWIN?haaa,yang last skali tu aku sukaaa.HAHA.

takdalahh,tak payah berangan.duit habuk pun tadak,ada hati.Tp nak kawin dengan sape?korang pernah terpikir tak sape jodoh korang?

Honestly lah kan,klau nak pilih calon,tak kesah lah calon boyfriend ke calon suami nanti ke,list yang teratas adalah:

1)beriman
2)berbudi bahasa
3)budi pekerti tinggi
4)baik budi
5)bermacam budi lahhh
6)hormat orang tua
7)biar tak kaya harta tp kaya budi(budi lagiiiii)
8)biar takde rupa tapi baik hati

ahhhhhh,tipuuu lahhhh.dusta belaka semuaaaa.

yang kau tengok mamat korea jambu jambu terus naik sawan, melalak macam nak gila apesal?

tengok laki handsome naik kereta besar sampai julaing bijik mata kau ape kesss?

kannnnn.so tak payah lah nak tipu.just be yourself.(kau punnnn).yang sebetulnya.

nak yang

1)handsome.
tapi kau cantik sangant ke?

2)kaya
tapi kau banyak duit sangat ke?

3)baik hati
tapi kau dah cukup baik ke?

4)setia
tapi kau jujur sangat ke?


dan mamcam macam lagi lahhh.

memang tak salah,semua orang berhak mencari pasangan hidup yang terbaik kan.tapi jangan terlalu nak yang sempurna.kalau dah dapat tu asyik nak komplain sana sini.ada yang tak kena.INGAT..kita pun bukan lah sempurna sangat.Takda orang yang sempurna pun dalam dunia ni.

bila bercakap pasal ni,aku teringat kata kata Dato Fadhilah Kamsah,dia cakap:


Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.


bila dah dengar dia cakap camtu,temenung sejenak.

aku cakap camni bukan nak bajet BAGUS ke apa,tapi betul lah kan.kalau nak mencari KESEMPURNAAN tu,sampai bila bila pun takkan jumpa.ada je cacat cela kat mana mana.nama pun manusia kan.

so,untuk anda anda dan juga saya sendiri,ehemmmm.kalau nak pilih boyfriend suami scandal dan apa apa sahaja,berpada pada sudaaa.reset balik mind korang,buat lah pilihan yang bijak:)

konon tengah merenung masa depan laa.

sebelum terlupa,aku nak share video ni.aku jumpa kat FB.Buat aku berfikir lah lepas dah tengok video ni.





okey,dah boleh buat keputusan kan.Hidup korang,korang yang tentukan.kita kat dunia ni kejap je.So biar lah balance dunia akhirat.

kalau yang dah kawin tuu,hargailah pasangan anda.Jodah kita tu adalah yang terbaik yang ditentukan oleh.Nya.

cam annoying tak sedar diri je taip bejela jela.dah la stop.mata dah berat,setan dah begayut beparty rock n roll kat mata aku.okbai.goodnight.
Assalamualaikum:)

Followers

LIFE,WHATS UP WITH THAT?

PEMILIK (:

My photo
Kedah;Kuala Lumpur
I've never done an "About Me" post or anything... But I’m not really sure what I’d even say for it, or what people want to know.